SA’ADAH YANG HAKIKI

My Great Web page http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=YOUR_URL

Nilai kebahagiaan tidak dapat dihitung dan digapai dengan angan-angan semata-mata,akan tetapi kebahagiaan ( saa`dah ) dari perspektif Islam dilihat sebagai nilai keimanan dan ketakwaan,kualiti ketaatan dan kebersihan hati seseorang manusia dalam mencari kebahagiaan hakiki yang bersifat ukhrawi.Hati ialah saluran untuk mengenal Allah,dan dengan hati yang dipandu keyakinan yang mantap,ia akan melahirkan kebahagiaan ( saa`dah ) yang bakal mententeramkan jiwa dan memberi ketenangan ke dalam roh dan jiwa seseorang hamba.Firman Allah;
“ Dan orang-orang yang mendapat petunjuk,Allah akan menambahkan petunjuk kepada mereka dan menganugerahi ketakwaan kepada mereka” [1]
Justeru,pasti kita akan bertambah yakin jika kita tahu bahawa setiap ujian jiwa, kesedihan, malapetaka, dan seumpamanya adalah ujian dari Allah Taala yang menguji hambaNya. Jika dalam kebudayaan Barat, semua itu adalah ‘tragedi’ jiwa yang berpunca daripada kehampaan yang boleh diertikan Shawqah (keperitan jiwa),maka kita akan yakin bahawa Saa`dah (kebahagiaan) tidak hanya datang dalam perkara yang menyenangkan tetapi kepayahan itu turut menjadi alunan hiburan bagi orang-orang mukmin dalam mencapai erti sebenar kebahagian hakiki yang tidak terletak pada nilai duniawi semata-mata,tetapi matlamatnya jelas untuk sesuatu yang abadi di akhirat nanti.Wallahualam